Apakah tidak ada lantikan politik di Universiti Awam ketika PH memerintah?

Jangan gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan yang diteropong Pemimpin Melayu ultra kiasu berkata, sekurang-kurangnya 13 individu daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) telah dilantik memegang jawatan di lembaga pengarah atau lembaga gabenor universiti awam (LPU), berdasarkan carian di laman web universiti.Pada hemat saya, itu perkara biasa apabila berlaku pertukaran pimpinan kerajaan.

Justeru, tak payah bersusah payah membuat carian. Banyak lagi kerja wakil rakyat yang lebih bermanfaat. Saya nak tanya balik kepada pemimpin ultra kiasu ini, cuba buat carian sama siapakah yang dilantik oleh bekas Menteri Pendidikan mereka selama 22 bukan PH memerintah?

Bukan sahaja ahli Lembaga Pengarah Universiti, tetapi juga Pengurusan tertinggi Pengajian Tinggi, Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor di seluruh Universiti Awam, diisi oleh geng-geng yang pro PH, tidak kurang pula daripada kalangan pemimpin politik. Itu pun lantikan PH cukup bernasib nasib kerana terus dikekalkan oleh PN sehingga kontraknya tamat.

Sehingga kini, masih ada lagi saki baki lantikan PH yang masih kekal walaupun sudah lebih 22 bulan PN memerintah, PN mengambil pendekatan yang cukup berhemah, iaitu don’t rock the boat katanya. Itu pun ultra kiasu masih tidak bersyukur.Bandingkan ketika PH memerintah, boleh dikatakan hampir habis semua pengurusan tertinggi pengajian tinggi, digantikan dengan orang-orang pro PH. Ini baharu 13, dah bising.

Paling sadis, belum pun kontrak tamat, diganti dengan orang mereka, hanya kerana lantikan sebelum ini dibuat oleh pimpinan kerajaan sebelum itu (BN).Jangan mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih.Jangan gajah depan mata buat-buat tak nampak, kuman sebarang lautan bukan main diteropongnya. Saya mahu ingatkan YB ultra kiasu ini, masih banyak lagi kerja-kerja utama wakil rakyat yang terutama ketika wabak ini.

Dipetik dari laman Facebook Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang merupakan penganalisis politik tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: