Meningkatkan profesionalisme KPM tatkala ‘norma baharu’

Walaupun keputusan SPM 2020 dilihat baik secara keseluruhannya biarpun pelajar menghadapi pelbagai cabaran mengikuti “pengajaran dan pembelajaran di rumah” (PdPR), namun kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu terus berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan secara atas talian.

Hasil perbualan dengan beberapa tenaga pengajar dan juga ibubapa yang anak-anak mereka melalui pembelajran secara PdPR, antara cabaran yang muncul ialah:

a) Pelajar tidak mempunyai peranti sesuai kerana kemiskinan;
b) Masalah capaian internet yang tidak stabil dan lemah;
c) Murid daripada isi rumah B40 yang tidak mampu membeli data internet;
d) Guru kurang mahir dalam menjalankan PdPR, kebanyakannya berlaku disebabkan tidak ada asas cara mendidik dalam talian.

Antara cadangan kepada kerajaan bagi menguruskan cabaran-cabaran tersebut adalah:

a) Memberikan bantuan 1 keluarga 1 peranti yang berkualiti terutamanya kepada keluarga B40 dan M40 agar pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan.

b) Memberikan bantuan data percuma kepada murid-murid sekurang-kurangnya 3gb sehari kerana bantuan data sebanyak 1gb sebelum ini tidak mencukupi untuk pelajar menjalani PdPR yang berkualiti.

c) Memberi kursus latihan kepada para guru untuk menjalankan PdPR.

Selain itu, KPM perlu memfokuskan kepada pendidikan akademik terlebih dahulu berbanding program-program lain yang akan membebankan guru dan murid.

Kerajaan perlu mengatasi masalah dan isu yang mengganggu proses PdPR agar pencapaian pendidikan negara kita mencapai hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.

Akhir sekali, KPM harus lebih kreatif mengurus proses pendidikan demi masa depan generasi akan datang yang akan berhadapan dengan suasana yang lebih mencabar dalam dunia norma baru yang berkemungkinan berlarutan untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Dikirim oleh Haji Rashidi bin Haris dari Pertubuhan MUAFAKAT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: