‘Individu hina agama Islam, promosi LGBT bakal depan tindakan tegas’ – JAKIM

PUTRAJAYA: Mesyuarat Khas Task Force Menangani Isu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) bersetuju melaksanakan tindakan tegas dalam kadar segera bagi menangani isu penghinaan agama secara umum serta promosi gaya hidup LGBT.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, mesyuarat tersebut diwujudkan bagi membincangkan secara khusus berkenaan penguatkuasaan undang-undang terhadap perbuatan menghina agama melalui promosi gaya hidup LGBT di media sosial.

Tambahnya, mesyuarat yang diurusetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu selari dengan Pelan Tindakan Sosial Islam, yang dipengerusikan Ketua Pengarah JAKIM.

Menurutnya, kerajaan akan mengenal pasti masalah dan kekangan yang dihadapi oleh pihak penguatkuasa dalam melaksanakan penguatkuasaan bersepadu.

“Kerajan mencadangkan pindaan kepada Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) dan undang-undang tatacara jenayah syariah di negeri-negeri bagi membolehkan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan terhadap mana-mana orang Islam yang menghina agama Islam dan melakukan kesalahan jenayah syariah lain dengan menggunakan kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi.

“Kerajaan akan menghasilkan satu prosedur operasi standard (SOP) atau garis panduan bertulis secara komprehensif dan menyeluruh mengenai tatacara mengendalikan aduan bagi kesalahan-kesalahan berkaitan penghinaan agama dan promosi gaya hidup LGBT,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, antara agensi yang terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MCMC); Kementerian Dalam Negeri (KDN); Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM); Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).–AlHijrah Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: