Wanita ini ‘diserang’ kerana tak sokong negara China ceroboh perairan Malaysia

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warganegara Malaysia berbangsa Cina, Ng Sing Phing mendedahkan beliau diserang oleh cybertrooper yang didakwa dari parti politik tertentu setelah dirinya memuatnaik hantaran Facebook mengecam tindakan negara China yang menceroboh perairan Malaysia.

“Barulah saya sedar bahawa betapa dahsyatnya serangan alam maya terhadap seseorang kaum Cina yang menunjukkan sifat ke-Malaysia-an. Saya membuat posting dalam bahasa kebangsaan dengan menggunakan gambar sendiri.

“Saya menyuarakan sokongan terhadap tanah airku yang mana Zon Maritimnya telah dicerobohi oleh China,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau dikecam pihak tertentu itu juga kerana sokongan peribadinya kepada Palestin seperti majoriti warganegara Malaysia lain yang menentang kezaliman penjajah.

Namun, Sing Phing menegaskan bahawa serangan sebegini hanya akan menguatkan semangatnya supaya terus menyuarakan pandangan yang bercanggah dengan mereka yang bersifat chauvanis.

“Sekali lagi, Sing Phing ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan Facebook, Instagram dan Tik Tok yang telah memberi sokongan dan semangat kepada saya,” katanya dalam sebuah hantaran Facebooknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: