Saintis Israel antara terawal cadang Ivermectin untuk lawan COVID-19

Saintis Israel, Prof. Eli Schwartz yang merupakan seorang pakar penyakit tropikal di Sheba Medical Center, Tel Hashomer merupakan antara terawal mencadangkan dan menyiapkan kajian ubat anti parasit Ivermectin untuk melawan virus, terutamanya COVID-19.

Menurut laporan akhbar The Jerusalem Post, Schwartz berkata ubat tersebut mampu memulihkan penghidap penyakit COVID-19 dalam masa hanya 6 hari. Namun, dilaporkan juga data kajiannya itu masih belum diterbitkan.

“Dari sudut kesihatan awam, majoriti penghidap virus Corona adalah kes sederhana, dan 90% daripadanya adalah mereka yang diasingkan dari hospital”, kata Schwartz.

Berdasarkan kajiannya itu, ianya telah dicadangkan bahawa tempoh pengasingan (kuarantin) boleh dipendekkan dan akhirnya memberi manfaat kepada ekonomi.

Walaubagaimanapun, kajiannya itu masih belum dapat dibuktikan keberkesanan dan kesahihannya lagi kerana terdapat pelbagai risiko lain yang perlu dikaji apabila ingin menggunakan ubat ini secara massa.

Namun demikian, pihak-pihak yang anti-vaksin atau dikenali juga sebagai kelompok ‘pro-safety’ terutamanya di Malaysia sedang berkempen dan mendesak kerajaan Malaysia meluluskan penggunaan ubat tersebut sebagai ganti kepada vaksin.

Desakan menggantikan vaksin kepada Ivermectin bagi merawat COVID-19 pastinya mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan masyarakat kerana kajian mengenai Ivermectin masih separuh masak.

Ivermectin merupakan ubat anti-parasit, atau ‘anti-cacing’ yang biasanya digunakan secara meluas untuk untuk merawat haiwan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: