Jangan anggap kami seperti pengganas, kata penceroboh Raub

RAUB – Save Musang King Alliance (Samka) mendakwa tindakan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menebang pokok durian di Tras, Raub pada 3 dan 4 Julai adalah satu tindakan mengingkari perintah mahkamah.

Ini kerana, kebun durian yang terlibat iaitu kawasan Hutan Simpanan Batu Talam terletak di bawah Mukim Tras yang dilindungi oleh perintah mahkamah, dakwa Pengerusi Samka, Wilson Chang Yee Chin.

Katanya, pada 5 Januari 2021, Mahkamah Rayuan telah memberikan satu perintah injunksi interim bagi melindungi pekebun-pekebun durian di Raub.

Perintah itu secara nyata melarang Pejabat Tanah Daerah Raub, JPNP, Kerajaan Negeri Pahang, Pihak Berkuasa Negeri Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd daripada mengambil tindakan terhadap kebun dan pekebun durian.

Oleh demikian katanya, kerajaan Pahang dilarang untuk memusnahkan pokok durian ataupun menghentikan pekebun-pekebun daripada memasuki kebun mereka.

Berikutan itu, Yee Chin membuat kesimpulan tindakan kerajaan mengingkar perintah mahkamah dan mengambil tindakan terhadap pekebun di Hutan Simpanan Batu Talam adalah tidak sah di sisi undang-undang.

“Samka mengecam tindakan kerajaan Pahang dan JPNP yang mengingkari perintah mahkamah, dan ia mungkin terjumlah kepada kesalahan menghina mahkamah.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak kerajaan Pahang ini telah mencabar kedaulatan undang-undang di Malaysia, seterusnya membawa ancaman kepada doktrin pemisahan kuasa, dan bertentangan dengan semangat demokrasi.

“Samka menyatakan bahawa pekebun-pekebun durian tidak akan akur dan gentar akan tindakan kerajaan Pahang dan akan mempertahankan hak-hak mereka yang dilindungi oleh undang-undang. Samka juga akan membawa kerajaan Pahang ke mahkamah atas kesalahan penghinaan mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

Yee Chin sekali lagi menegaskan bahawa pekebun-pekebun selalu berbuka hati dan bersedia untuk memberi kerjasama kepada kerajaan negeri bagi mencapai penyelesaian menang-menang.

Malangnya, kerajaan Pahang bukan sahaja mengabaikan seruan pekebun-pekebun, malah mengancam dan menganiaya pekebun dengan tindakan penguatkuasaan, katanya.

“Samka berasa terkejut ke atas kenyataan Ketua Jabatan Perhutanan Negeri bahawa mereka akan memusnahkan kebun durian seluas 101 hektar serta membuat rondaan dan tangkapan ke atas mana-mana individu atau pekebun yang memasuki kawasan tersebu.

“Samka menyeru supaya pihak berkuat-kuasa tidak menganggap pekebun-pekebun sebagai pengganas padahal mereka hanya pekebun-pekebun yang rajin bekerja,” katanya.

Tidak cukup itu, pihaknya juga meminta kerajaan negeri memberhentikan segala operasi pembersihan dan mengadakan dialog dengan pekebun secepat mungkin bagi mencapai penyelesaian menang-menang.

“Samka juga berharap masyarakat akan terus memberi sokongan kepada kami, menyemak dan memberi tekanan kepada kerajaan supaya durian yang sedap dan wangi tidak dijadikan sebagai durian darah – hasilan daripada penindasan,” katanya.

Kredit berita: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: