Setiausaha Agung MCA dilantik untuk selesai isu ceroboh tanah Raub

RAUB – Pelantikan Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Isu Tanah Musang King dibantah oleh rakyat dan NGO-NGO tempatan Raub, menurut satu laporan di Sinar Harian semalam.

Menurut Ahmad Ashraf Abd Aziz, Persatuan Anak Raub menolak sekeras-kerasnya pelantikan oleh parti komponen kerajaan negeri Pahang, MCA itu yang dianggap sebagai seorang individu yang tidak boleh dipercayai.

“Beliau (Sin Woon) juga gagal mengemukakan sebarang perancangan atau pelan tindakan selepas MCA mewujudkan jawatankuasa khas itu sejak Ogos tahun lalu,” kata Ahmad Ashraf dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, seramai 18 penceroboh yang mengusahakan kebun durian Musang King haram ditahan kerana menceroboh Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub selepas melakukan beberapa provokasi terhadap kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) ketika operasi memusnahkan pokok durian Musang King di hutan tersebut.

2 thoughts on “Setiausaha Agung MCA dilantik untuk selesai isu ceroboh tanah Raub

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: