Ahli Parlimen Muslim digesa amalkan BMF berbelanja peruntukan khas RM300,000

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli parlimen Muslim digesa agar mengutamakan produk-produk dan kedai-kedai Muslim dalam membelanjakan peruntukan khas RM300,000 oleh kerajaan persekutuan baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat (Amal Sejagat), Cikgu Izzat Johari, peruntukkan RM300 ribu setiap ahli parlimen Muslim untuk bantuan sewajarnya digunakan membeli 100% produk Muslim seperti beras, minyak, tepung dan gula serta barangan asas lain.

Cikgu Izzat Johari yang juga merupakan Naib Pengerusi PEMBELA menegur sinis tindakan ahli parlimen Muslim yang berbangga berbelanja di kedai dan perkhidmatan bukan Islam dalam membeli barangan asas untuk tujuan memberi sumbangan.

“Nampaknya, seorang wakil rakyat Muslim, belum tentu mahu utamakan produk Muslim dalam urusan sehariannya. Jadi, jangan tanya kenapa kalau ekonomi Muslim belum berjaya,” katanya.

“Malangnya, kesedaran atau kekuatan seorang Muslim sangat lemah malah berbangga dengan produk dan perkhidmatan bukan Islam. Kemudian, menuduh ekonomi Muslim lemah,” katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada setiap ahli parlimen termasuk wakil rakyat pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan untuk rakyat terjejas akibat COVID-19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: