Raya Korban ini, pastikan Tabung Haji tidak terkorban!

BANGI – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, sambutan Aidiladha tahun ini sekali lagi tidak dapat dilaksanakan dengan biasa kerana penularan wabak COVID-19.

Selain sambutan raya, beliau berkata, Aidiladha pada tahun ini juga berlainan sedikit kerana umat Islam sedang gusar dengan perkembangan dan nasib Lembaga Tabung Haji (TH).

TH dikatakan akan diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) yang bakal menyenaraikannya sebagai ‘prescribed Islamic financial institution’ di bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Namun, beliau berkata, sehingga kini, cadangan kerajaan ini mendapat bantahan ramai pakar kewangan dan perbankan Islam selain tokoh-tokoh masyarakat Islam yang gusar dengan langkah dikira ‘separuh masak’ ini. 

“Mengapa ‘separuh masak’? Anda boleh rujuk ulasan panjang lebar saya mengenai perkara ini. 

“Sebagaimana tuntutan ‘menjaga nyawa’ sepertimana dalam prinsip maqasid syariah, ‘menjaga harta’ adalah sesuatu yang terkandung dalam prinsip tersebut. 

“Apatah lagi apabila ianya melibatkan harta jutaan umat Islam yang menyimpan untuk pergi haji dan agenda memperkasa ekonomi umat Islam. Maka, perkara ini tidak boleh dibuat main-main dan ‘separuh masak’.

“Selain itu, menjaga harta umat Islam dari ‘tangan-tangan jahat’ adalah sesuatu yang sangat perlu ditekankan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, PEMBELA menyokong usaha penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh pihak kerajaan terhadap pengurusan dan operasi Tabung Haji. 

Tegasnya, ahli-ahli politik dan mereka yang berkepentingan perlu dibersihkan dari TH. 

“Kesimpulannya, jangan sampai kesilapan kita pada hari ini, menyebabkan anak cucu cicit kita rugi dan sebuah institusi Islam yang pernah unggul di persada dunia, akhirnya dikecil serta direndahkan skopnya menjadi seperti bank semata-mata. Sangatlah rugi. 

“Ayuh pertahankan Tabung Haji sebagai institusi Islam yang unggul. Selamat Hari Raya Korban, jangan sampai Tabung Haji terkorban!,” katanya.

Kredit berita: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: