Calon PM dari UMNO paling ramai, bakal ‘pecah undi’

KUALA LUMPUR – Menurut apa yang tular seperti yang dikatakan dilapor di dalam sebuah rancangan berita terkemuka tanah air, calon Perdana Menteri dari parti UMNO adalah yang paling ramai, iaitu 4 orang manakala seorang lagi adalah dari PKR.

Calon-calon dari UMNO tersebut adalah ahli parlimen Pekan; Datuk Seri Najib Razak, ahli parlimen Gua Musang; Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Bagan Datuk; Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen Bera; Datuk Seri Ismail Sabri.

Manakala, calon dari PKR ialah ahli parlimen Port Dickson; Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga presiden parti itu.

Jika diikutkan kebiasaannya, mana-mana calon yang mendapat sokongan majoriti 1/2 dari jumlah keseluruhan ahli parlimen akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun, dikatakan tidak mustahil jika tidak ada mana-mana calon yang mendapat sokongan 1/2 jumlah ahli parlimen, maka sokongan yang tertinggi akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ini bermakna, jika undi ahli parlimen Melayu bepecah kepada 4 orang calon UMNO, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: