Jika jadi PM, adakah Ismail Sabri bebas buat keputusan tanpa gangguan Presiden UMNO?

KUALA LUMPUR – Persoalan yang berlegar di kalangan marhaen jika Datuk Seri Ismail Sabri benar-benar akan menjadi Perdana Menteri ialah sejauh mana beliau bebas melakukan sebarang keputusan untuk negara tanpa campurtangan Presiden dan Pemimpin De Facto UMNO.

Ismail Sabri merupakan hanya Naib Presiden UMNO di mana di atasnya ada Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin De Facto UMNO iaitu Datuk Seri Najib Razak yang kelihatan memusuhi beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional.

Ramai yang menyatakan kebimbangan sekiranya Ismail terpaksa menjadi boneka kepada pemimpin partinya di mana kedudukannya itu boleh diancam sebagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin kehilangan majoriti sokongan ahli parlimen berikutan penarikan dari faksi Zahid dan Najib.

Walaubagaimanapun, banyak juga cadangan agar Yang Di-Pertuan Agong melantik barisan kepimpinan negara yang sementara di luar lingkungan ahli parlimen yang tidak digugat dengan jumlah sokongan ahli parlimen sehingga PRU-15.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: