MB Perak beri ‘bantuan’ RM1.8 juta kepada sekolah-sekolah persendirian Cina

IPOH – Kerajaan Perak memberikan bantuan pendidikan berjumlah RM1.8 juta kepada sembilan buah sekolah persendirian Cina (SUWA) di negeri berkenaan.

Ia membabitkan tiga buah SUWA di Ipoh iaitu Sekolah Menengah (SM) Shen Jai, SM Yuk Choy dan SM Poi Lam serta dua buah SUWA di daerah Manjung iaitu SM Nan Hwa dan SM Yik Ching.

Empat buah lagi adalah SM Pei Yuan, Kampar; SM Tsung Wah, Kuala Kangsar; SM San Min, Teluk Intan dan Sekolah Tinggi Huan Lian, Taiping.

Menteri Besarnya, Datuk Saarani Mohamad berkata, setiap SUWA akan menerima peruntukan sebanyak RM200,000 dan memberi manfaat kepada hampir 10,000 guru serta pelajar.

Beliau berkata, peruntukan itu sebahagian daripada peruntukan RM8.1 juta kepada pelajar sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh, sekolah vernakular dan SUWA yang diumumkan dalam Bajet Perak 2021.

“Bantuan pendidikan diberikan bagi membantu dan mengurangkan kekangan kewangan pengurusan yang dihadapi sekolah-sekolah tersebut,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini.

Saarani berkata, kerajaan negeri sentiasa memahami cabaran dan kesusahan dihadapi SUWA terutamanya dalam suasana pandemik COVID-19 yang menjejaskan sistem persekolahan sejak hampir dua tahun.

Katanya, sumbangan itu adalah komitmen berterusan kerajaan negeri sejak bertahun-tahun untuk membantu sekolah-sekolah persendirian selain meluluskan remitan cukai tanah dan tunggakan cukai tanah pada kadar norminal RM10 per lot setahun. — Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: