Shanmugam anggap video tentera Malaysia satu konspirasi ancaman terhadap Singapura?

SINGAPURA – Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K. Shanmugam melalui sebuah hantaran di laman Facebooknya menganggap bahawa ada suatu agenda yang ditafsirkan dari sebuah video yang dimuatnaik oleh Tentera Darat Malaysia.

Video tersebut merupakan montaj operasi latihan (eksersais) ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Di dalam video itu juga, ada ucapan taklimat Panglima 10 Bgd (Para), Brigedier Jeneral Khairul Azmizal Ahmad Natal kepada semua Pegawai Memerintah/Pemerintah serta pegawai dan anggota yang akan terlibat dengan Eksesais tersebut.

Namun, Menteri Singapura itu dilihat menafsirkan sesuatu yang dianggap sebagai suatu konspirasi dan ancaman terhadap negaranya hanya kerana panglima tentera Malaysia bercakap di dalam bahasa Inggeris di dalam video tersebut.

Bukan itu sahaja, beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana video itu dimuatnaik pada 22 Ogos 2021 yang kebetulan adalah Hari Kebangsaan Singapura oleh laman Facebook Tentera Darat Malaysia.

Hantaran Shanmugam itu dilihat telah menarik perhatian ramai rakyat Singapura yang mempercayai dakwaannya itu.

Namun, hantarannya itu dikecam oleh rakyat Malaysia yang menganggap ahli politik Singapura itu sebagai hanya ingin meraih perhatian dan publisiti murahan.

Hantaran Menteri Singapura tersebut dilihat seperti kebudak-budakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: