‘Antara lubang mulut dan lubang shit…’ – Pemimpin AMANAH

KUALA LUMPUR – Selepas Datuk Seri Salahuddin Ayub menggunakan analogi ‘wine‘ untuk mengkritik pihak lawan, kini pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) menggunakan analogi ‘lubang shit’ pula untuk mengulas tentang politik.

Naib Pengerusi AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam mengkritik pihak tertentu di dalam Pakatan Harapan agar berhenti beretorik tentang jumlah sokongan ‘numbers’ tetapi sebaliknya fokus berkhidmat dan menumpu perhatian kepada PRU-15 yang akan datang.

“Kini tiba waktu Pakatan Harapan (PH) fokus bersaing dalam pilihanraya umum akan datang.

“Tidak payah sibuk mereka-cipta angka dan mencari-cari nombor dari mulut ahli parlimen untuk mengembalikan mandat pilihanraya lepas.

“Antara lubang mulut atas dengan lubang shit mereka adalah sama busuk. Banyak yang hanya untuk perut dan tembolok sendiri. Berhenti mengharap,” katanya.

Dr Muhaimin juga berkata sekiranya kerajaan masih tidak mendengar keluhan rakyat, maka Pakatan Harapan perlu berusaha memastikan menjadi sebuah kerajaan melalui pilihanraya sahaja.

Selain itu, Dr Muhaimin mengulas tentang pendekatan ‘tidak berpolitik’ Khairy Jamaluddin yang boleh diambil contoh, di mana Khairy kelihatan cemerlang ketika menjadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi tatkala kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Mahiadin Yassin terumbang-ambing.

Dr Muhaimin juga melihat pembentukan kabinet baharu ini memberi peluang kepada PAS untuk mengukuhkan kedudukan terutamanya melalui lantikan YB Senator Idris Ahmad sebagai Menteri Agama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: