BERJASA umum letak calon muda di kerusi ‘orang tua’ pada PRU-15?

KUALA LUMPUR – Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) melalui laman Facebook rasminya, umum letak calon-calon muda di kerusi-kerusi parlimen yang disandang oleh ahli-ahli politik yang sudah lanjut usia.

“BERJASA akan tampilkan wajah baharu, muda, fresh, energetik dan berwibawa untuk menggantikan kerusi-kerusi Parlimen yang sudah lama usianya,” dalam satu hantaran di laman Facebook.

Antara kerusi yang dimaksudkan itu ialah Alor Setar, Tasek Gelugor, Larut, Lumut, Kuantan, Shah Alam, Kapar, Sepang, Seremban dan Alor Gajah menerusi sebuah poster yang dilampirkan di dalam hantaran Facebook itu.

BERJASA dalam hantaran yang sama itu juga mengucapkan tahniah pada YB Nazri Aziz kerana berani memulakan langkah mengakhiri karier politik di usia warga emas 67 tahun.

https://m.malaysiakini.com/news/589126

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: