Langkah MAIS larang ahli politik ajar agama Islam di masjid tepat | PENGIRIM

Assalamualaikum wbt. tuan pengarang yang dihormati,

Saya baru sahaja membaca artikel mengenai larangan ahli politik untuk mengajar agama di masjid terbitan Samudera.my.

Ya, kita faham yang politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.Tetapi pendirian MAIS ini tidak bercanggah, kerana ianya bukan melarang umat Islam terlibat dalam politik tetapi untuk menghalang manipulasi dan menunggang dalam masjid.

Ahli politik mana-mana pun, mereka akan berceramah agama di masjid dengan menyelit bias naratif parti masing-masing dan sebenarnya tidak jujur pun dengan ilmu yang mereka ada.

Inilah masalah umat Islam dalam sistem demokrasi, di mana matlamat sentiasa menghalalkan cara sehinggakan agama pun digadai demi keuntungan kepartian.

Akhirnya orang-orang agama yang jujur dengan ilmunya tenggelam kerana masyarakat kita lebih suka apa sahaja yang disulami politik.

Saya sangat bersetuju dengan tindakan MAIS ini dan berharap agar majlis agama Islam negeri lain dapat mengambil langkah yang sama.

Dikirim oleh Muhammad Kamil yang merupakan seorang pembaca portal Melayukini.

Anda boleh mengirim pendapat anda untuk disiarkan ke platform Berita Melayukini dengan menghantar melalui editor@melayukini.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: