Malaysia perlu merdeka dari politikus tamak, gila kuasa dan penindas rakyat

Tanggal 31 Ogos setiap tahun menyaksikan kita menyambut Hari Kebangsaan dengan laungan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”, iaitu merdeka dari kuasa kolonial yang tamak, gila kuasa dan menindas rakyat.

Namun, kuasa kolonial sudah tiada lagi kerana kita sudah ‘merdeka’ tetapi mereka yang kini memegang kuasa tidak banyak beza dari kolonial; tamak, gila kuasa dan menindas. Cuma mungkin bezanya ialah dahulu mereka ini berkulit putih, tetapi kini berkulit warga tempatan (Melayu, Cina, India, dll).

Situasinya hampir sama. Walaupun sang penindas itu jelas-jelas menyeleweng, namun ramai yang ‘sujud’ dan ‘cium kaki’ mereka atas pelbagai slogan untuk menghalalkan penyelewengan itu. Sama ada “Hidup Melayu”, “Demi Islam”, “Perpaduan Ummah”, “Reformasi”, “Malaysian Malaysia” atau “Rahmatan lil Alamin”. Semuanya sama sahaja, adalah alat untuk mendapat kuasa dan penjilat tegar.

Ayuh memerdekakan diri kita dari manipulasi politikus. Walaupun politikus itu ada yang baik tetapi tidak sepatutnya yang baik itu disanjung berlebih-lebihan kerana ianya akan mewujudkan budaya yang boleh dimanipulasi oleh politikus generasi akan datang; anak atau ahli keluarganya yang turut menjadi politikus.

Sedarlah yang demokrasi itu asalnya bukan dari Islam, tetapi dari projek eksperimen tamadun Barat. Maka, tidaklah layak untuk kita ‘menyembah’ demokrasi secara melampau. Cukuplah hanya dengan ‘acknowledge’ ianya sebahagian dari amalan dan sistem negara yang boleh berubah pada bila-bila masa.

Politik itu alat untuk capai kesejahteraan. Dalam konteks Islam, adalah alat untuk melaksanakan tuntutan agama mengikut batasan prinsipnya. Jika politik kepartian itu dijadikan matlamat, maka itulah sebabnya kita tidak merdeka dan terus terbelenggu dengan kehendak politikus yang berkuasa.

Semoga coretan ini dapat membuat kita berfikir sejenak untuk membina sebuah negara yang unggul.

Dikirim oleh Muhammad Kamil atau nama penanya Tukul Besi yang merupakan pembaca portal Melayukini dan penulis isu-isu politik negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: