Potong pencen wakil rakyat, jangan potong pencen rakyat !

Apabila YAB PM menyentuh beban kewangan yang beliau kata kini semakin besar dan membebankan yang perlu ditanggung oleh kerajaan untuk emolumen dan bayaran pencen, ramai netizen memberi komen dan di antara komen yang tepat dan terbaik yang dikembalikan kepada YAB PM ialah….

Pencen paling membebankan sebenarnya kepada politikus yang bergaji besar (malah elaun mereka jauh lebih tinggi dari gaji!) seperti jawatan PM, TPM, MB, KM, Menteri, Exco, Ahli Parlimen dan Ahli DUN.

Mohon mereka dinyahsenaraikan sebagai penjawat awam dan dinyahkelayakan daripada menerima skim pencen kerana dengan hanya memegang jawatan 60 bulan… mereka sudah layak terima pencen penuh… berbanding KTA yang perlu bekerja 240 bulan untuk layak mendapat pencen.

Cuba YAB PM lihat contoh emolumen untuk Menteri kabinet sahaja seramai 25 orang:

1) Gaji Pokok = RM18,000
2) Elaun Kerainan = RM10,500
3) Elaun Perumahan = RM10,800
4) Elaun Wakil Rakyat = RM10,650
5) Elaun Parkir = RM5,700 (tak bayar pun parkir kenderaan tu, sebab free apabila menggunakan kenderaan rasmi)

JUMLAH KESELURUHAN = RM55,650

Kerajaan juga membayar emolumen RM16,000 sebulan kepada 222 Ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 Ahli Dewan Negara.

Bayangkan setiap penggal (5 tahun sekali) wakil rakyat bertukar dan mereka semua panjang umur seperti Tun maka berapa kos pencen untuk bekas-bekas wakil rakyat ini?

Ini lebih membazir dan membebankan berbanding penjawat awam yang bergaji rendah seperti Pembantu Am gred 11 dengan gaji RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih 30 tahun gajinya mati setakat RM2,983. Maka pencennya hanya setakat RM1,491.50 sebulan untuk 15 tahun (selepas berumur 60 tahun) jika mengambil kita jangka hayat rakyat Malaysia setakat 75 tahun.

Nota 1: Elaun Parkir kenderaan menteri lebih tinggi dari gaji Gred 44!

Nota 2: Jika gaji Gred kakitangan kerajaan terendah RM1,500 termasuk elaun maka gaji seorang menteri bersamaan 37 orang pembantu Am Gred 11.

Politikus yang memegang jawatan atas lantikan pengundi… bukan membela nasib rakyat tetapi membela nasib mereka sendiri… ini harus diperbetulkan… belum lagi diambil kira mereka mengambil kesempatan ke atas lain-lain peluang mengaut keuntungan.

Mohon viralkan supaya terbuka akal pengundi yang jumud membabi buta memangkah politikus yang menipu tak peduli sengsara rakyat.

Ditulis oleh Haji Rashidi Haris yang merupakan Ketua Media Pertubuhan MUAFAKAT dengan nama penanya, Lebai Kampung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: