Iktiraf UEC sama seperti mengkhianati negara, kata Prof. Emeritus Dr Zainal Kling

KUALA LUMPUR – Professor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling menyifatkan tindakan mengiktiraf UEC adalah sama seperti mengkhianati negara.

Beliau mengulas mengenai isu pengiktirafan UEC yang kembali hangat kerana dikatakan ianya adalah salah satu syarat dalam perjanjian ‘Confidence and Supply Agreement’ antara kerajaan dan pakatan parti pembangkang.

“Jika kerajaan mengiktiraf UEC yang menggunakan Bahasa Cina sebagai medium pengantarnya, maka ianya telah mengkhianati Akta Pendidikan Negara dan juga Perlembagaan Negara Perkara 152,” kata beliau yang dipetik melalui Buletin TV Pertiwi.

Beliau berpendapat bahawa ianya akan menyebabkan rakyat akan berasa tidak senang dan bakal menyebabkan keruntuhan kerajaan sedia ada ini.

Terdahulu, portal berita Samudera.my telah membuat pendedahan berkenaan isu UEC dan CSA ini yang telah mencetuskan perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya mendesak kerajaan terutamanya Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan untuk mengeluarkan kenyataan jaminan bahawa UEC tidak akan diiktiraf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: