Pernah anjur demo tolak UEC bersama PAS, Aminuddin ajak bersuara ketika jadi kerajaan

KUALA LUMPUR – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang merupakan sebahagian daripada kerajaan diajak untuk kembali lantang bersuara mengenai isu pengiktirafan UEC yang dilaporkan sedang diusahakan oleh pihak tertentu melalui sokongan undi percaya bagi mengekalkan kuasa.

Aminuddin Yahaya yang merupakan pengerusi PEMBELA dalam sebuah forum atas talian anjuran TV Pertiwi mendedahkan bahawa pihaknya pernah bekerjasama dengan PAS dalam menganjurkan Himpunan Tolak UEC secara julung-julung kali iaitu ketika Pakatan Harapan memerintah.

Ketika itu, Pakatan Harapan ingin merealisasikan manifesto mereka di mana antaranya ialah mengiktiraf UEC sebagai sebahagian dari sistem yang diterima walaupun ianya dikelolai oleh badan NGO yang banyak melawan falsafah pendidikan negara.

Aminuddin dalam forum itu mengajak PAS dan seluruh jentera partinya untuk bersama menggerakkan gelombang rakyat menolak UEC sebagaimana yang berlaku dahulu.

Terdahulu, portal Samudera.my mendedahkan, menurut sumber dalamannya, pengiktirafan UEC merupakan antara kandungan perjanjian ‘Confidence & Supply Agreement’ yang bakal dimenterai antara pemerintah dan pembangkang untuk meredakan suhu politik tanah air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: