‘Tak perlu UEC, tak perlu Sekolah Vernakular’ – Cikgu Izzat Johari

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa tidak melayan mana-mana pihak yang meminta untuk mengiktiraf UEC, iaitu sistem peperiksaan swasta kelolaan Dong Zong.

Menurut aktivis pendidikan dan masyarakat, Cikgu Izzat Johari, Malaysia tidak perlukan UEC dan Sekolah Vernakular dalam sistem pendidikannya.

Beliau menempelak alasan yang biasa digunakan Dong Zong, MCA, DAP dan GERAKAN untuk pertahankan sekolah vernakular adalah supaya tidak hilang bahasa ibunda mereka, sebagai teruk.

Menurut beliau, jika isu bahasa, rasanya ramai rakyat berbangsa Melayu yang fasih berbahasa Mandarin malah ingin anak masing-masing mempelajari Bahasa Mandarin tetapi tiada di peringkat Sekolah Kebangsaan.

“Jadi, langkah dan jalan penyelesaian bagi isu pembelajaran Bahasa Mandarin adalah dengan membuka kelas bahasa pilihan dalam Sekolah Kebangsaan dan bukannya membuka sekolah vernakular!” katanya.

“Kepada Dong Zong, MCA, DAP dan GERAKAN, jangan harap anda mahu mendesak kerajaan sedia ada. Anda adalah penentang perpaduan sebenar!”

Cikgu Izzat menasihatkan agar YAB DS Ismail Sabri Yaakob tidak melayan permintaan penentang perpaduan Keluarga Malaysia. Teruskan perkasa Sekolah Kebangsaan.

Terdahulu, Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya mendesak agar kerajaan tidak mengiktiraf UEC sebagaimana yang dilaporkan oleh Samudera.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: