Ketua Pemuda UMNO senyap, sepi isu pengiktirafan UEC?

KUALA LUMPUR – Netizen rata-ratanya tertanya-tanya di manakah kelibat Ketua Pemuda UMNO dalam isu pengiktirafan UEC melalui ‘Confidence & Supply Agreement’ yang dilaporkan bakal berlaku ini?

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilihat lantang dan pantas menyuarakan apa jua isu jika ianya berkaitan dengan kerajaan namun tidak untuk isu ini.

Setakat ini, hanya Pemuda PAS dan Pemuda BERSATU (ARMADA) sahaja yang telah mengeluarkan kenyataan komitmen untuk menolak pengiktirafan UEC, iaitu melalui ketua penerangan pemuda parti masing-masing.

Terdahulu, portal berita Samudera.my telah membuat pendedahan berkenaan isu UEC dan CSA ini yang telah mencetuskan perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya sebelum ini mendesak kerajaan terutamanya Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan untuk mengeluarkan kenyataan jaminan bahawa UEC tidak akan diiktiraf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: