Datuk Kuong Hiing kata Melayu di tempatnya sokong pengiktirafan UEC?

KUALA LUMPUR – Datuk Ding Kuong Hiing yang merupakan pimpinan dalam salah satu parti gabungan kerajaan negeri Sarawak, iaitu SUPP memberi gambaran bahawa orang-orang Melayu di tempatnya menyokong pengiktirafan sijil pendidikan swasta kelolaan Dong Zong, iaitu UEC.

“Bezanya seperti 18,000 batu jika dibandingkan dengan sahabat Melayu kita di Sarawak yang bersifat menerima, terbuka dan mempunyai perspektif yang luas,” katanya seperti dipetik portal news.seehua.com pada 10 September lalu.

Kuong Hiing yang juga merupakan Pengerusi Biro Pendidikan partinya itu berkata, Sarawak telah lama mengiktirafkan UEC bahkan menjadi satu daripada syarat kelayakan untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri.

SUPP merupakan salah satu parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sebelumnya lebih dikenali sebagai Barisan Nasional Sarawak. SUPP adalah pejuang dan pelobi tegar UEC di dalam kerajaan Sarawak sejak sekian lama.

Terdahulu, portal berita Samudera.my telah membuat pendedahan berkenaan isu UEC dan CSA ini yang telah mencetuskan perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.

Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya sebelum ini mendesak kerajaan terutamanya Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan untuk mengeluarkan kenyataan jaminan bahawa UEC tidak akan diiktiraf.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: