UMNO bakal ‘sedekah’ kerusi kepada Parti Makkal Sakti pada PRU-15?

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata bahawa Parti Makkal Sakti, iaitu parti yang diasaskan oleh mantan pemimpin-pemimpin HINDRAF bakal diberi tempat bertanding pada PRU-15.

Zahid yang dijemput sebagai Pengerusi Barisan Nasional berucap dalam Mesyuarat Agung Tahunan Makkal Sakti yang diadakan di PWTC semalam.

“Jadikan Makkal Sakti sebagai aset. Saya merasakan apabila diminta, Presiden Makkal Sakti, R S Thanenthiran tadi, untuk calon-calon daripada Makkal Sakti bertanding dalam PRU15 dan telah berbincang dengan rakan-rakan dalam BN, kita akan memberi tempat pada PRU15 dalam Parlimen atau DUN nanti,” katanya.

HINDRAF merupakan sebuah gabungan NGO Hindu yang pernah membuat demonstrasi besar-besaran yang mengeluarkan tuntutan-tuntutan penganut Hindu yang diketuai oleh YB Senator Waytha Moorthy satu ketika dahulu.

Tidak lama kemudian, Waytha Moorthy dilantik sebagai Timbalan Menteri oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Najib Razak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: