Panas! Tanah Rizab Kubur Islam pula mahu diambil alih?!

LENGGENG – Penduduk Bandar Tasek Senangin telah menyuarakan bantahan kepada usaha pengambil alihan tanah seluas 10.5 hektar yang telah diwartakan sebagai tanah perkuburan umat Islam.

Menurut laporan berita Sinar Harian edisi Negeri Sembilan, seramai 666 penduduk telah bersatu menghantar satu memorandum bantahan terhadap usaha itu kepada Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, J Arul Kumar serta turut dipanjangkan kepada Menteri Besar dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

“Ia atas alasan tanah perkuburan kami ini besar. Kami harap tanah yang telah diwartakan untuk tapak kubur orang Islam ini tidak diganggu gugat, carilah tanah alternatif di tempat lain,” kata Mustaqim Mustaza yang merupakan wakil penduduk.

“Kami tiada apa-apa isu lain kerana faham kita hidup sebagai masyarakat berbilang kaum,” katanya pada pemberita.

Beliau dilaporkan bahawa 95 peratus di kawasan perumahannya itu adalah penduduk beragama Islam dan ketika ini penduduk di situ akan dikebumikan di tempat lain yang terletak agak jauh dari Bandar Tasik Senangin, iaitu Tanah Perkuburan Sungai Machang Hulu.

“Disebabkan kariah kami belum ada masjid, jadi soal khairat kematian kami bernaung di bawah kariah Masjid Sungai Machang Hulu dan secara tidak langsung kami menumpang di tanah perkuburan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: