MP Jelutong sudah bertaubat, kini jadi pejuang Arwah Adib?

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, YB RSN Rayer baru-baru ini menyuarakan agar parlimen berbahas mengenai perkembangan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib yang didakwa dipukul ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafields, Subang Jaya.

Rayer mempertikaikan parti-parti kerajaan yang dahulunya lantang bersuara dalam kes ini yang menekan kerajaan Pakatan Harapan dahulu, kini sudah menjadi senyap seolah-olah tidak berminat menegakkan keadilan lagi.

Walaubagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Harun ketika itu menolak permintaan Rayer itu atas alasan tidak mengikut peraturan sidang.

Sebelum ini, Mahkamah Koroner Shah Alam telah mengumumkan inkues bagi menyiasat punca kematian Adib dalam kes ini. Keputusannya ialah kematiannya adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan oleh beberapa orang.

Malah, inkues mengesahkan terdapat hentakan objek tumpul pada badan Adib yang menguatkan lagi hujah Adib dipukul sekaligus menyangkal teori Adib dilanggar trak bomba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: