Utamakan lepasan SMK untuk program guru Bahasa Mandarin, bukan beri pada UEC

KUALA LUMPUR – Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof. Dr. Awang Sariyan menggesa agar program pendidikan perguruan bagi subjek Bahasa Mandarin diutamakan buat lepasan SMK, bukannya UEC.

Menurut laporan portal Ismaweb.net, beliau berkata sejak 2016, kerajaan telah membuka ruang kepada lulusan UEC untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi Bahasa Mandarin di IPG, sedangkan peluang itu sepatutnya diberikan kepada lulusan SMK yang juga mempunyai pelajar Cina dan pelajar yang mengambil mata pelajaran bahasa Mandarin di SMK.

“Tingkatkan jumlah SMK yang menawarkan bahasa Mandarin dan berikan peluang lulusan SMK yang mempunyai kelulusan baik dalam mata pelajaran bahasa Mandarin, untuk mengikuti kursus perguruan bagi bahasa Mandarin, bukan membukanya kepada lulusan UEC,”.

Terdahulu, Portal Samudera.my mendedahkan bahawa terdapat gerakan ‘pintu belakang’ bagi mengiktiraf UEC secara total bagi mendapatkan sokongan politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: