Isu judi: Kenapa tak ada ahli parlimen ugut tarik sokongan macam dulu?

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli parlimen yang tidak bersetuju dengan kelulusan kerajaan menaikkan cabutan undi khas nombor ekor kepada 22 kali setahun, agar duduk bersama dan keluarkan tuntutan.

Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya mempersoalkan mengapakah mereka-mereka yang selalu mengugut mahu menarik sokongan atau undi tidak percaya jika kehendak mereka tidak dipenuhi dahulu, tidak berbuat demikian dalam isu ini.

“Ahli-ahli parlimen pembangkang pun sedap juga, perli-merli tetapi hakikatnya mereka ini ada kuasa juga untuk buat perubahan kerana jawatan pembangkang bukan wujud untuk sia-sia.

“Ingatkah kita pada MoU pembangkang-kerajaan baru-baru ini, di mana ahli-ahli parlimen pembangkang bersetuju untuk tidak menarik sokongan atau tiada undi tidak percaya? Ini bermakna mereka ada kuasa untuk tarik sokongan dan jatuhkan kerajaan,” katanya

Beliau menegur agar ahli-ahli parlimen Muslim tidak bermain retorik semata-mata kerana kuasa mendesak memang ada dalam tangan, baik kerajaan mahupun pembangkang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: