Isu SUHAKAM & Jantina Ketiga: Menteri Undang-Undang terus legasi kegagalan Takiyuddin?

KUALA LUMPUR: Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Wan Junaidi terus berdiam diri dalam soal laporan antarabangsa yang dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) baru-baru ini yang memberikan gambaran yang salah kepada negara.

Dalam laporan itu, SUHAKAM buat pertama kalinya menggunakan istilah ‘non-binary gender’ yang merujuk kepada naratif gender ketiga selain lelaki dan perempuan.

Gerakan Pengundi Sedar (GPS) yang merupakan sebuah NGO pendidikan politik mengkritik kebisuan Menteri yang sepatutnya berkuasa ke atas SUHAKAM.

“Sebelum ini, apabila kita desak Menteri Undang-Undang supaya rombak SUHAKAM, ramai yang kata tidak boleh terburu-buru. Akhir sekali, menteri ditukar kepada orang lain.

“Maknanya, Menteri Undang-Undang sebelum ini, Takiyuddin Haji Hassan telahpun gagal.

“Apakah Menteri Undang-Undang baharu, Dato Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar akan ambil tindakan atau masih meneruskan legasi kegagalan?

Sebelum ini, Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya mendedahkan SUHAKAM telah menghantar laporan ini yang didakwa berlaku secara senyap-senyap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: