‘Rupanya SUHAKAM diterajui Profesor Syariah, Tokoh Maal Hijrah, ahli majlis agama’ – tapi mana mereka?

KUALA LUMPUR – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendedahkan bahawa antara peneraju utama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Suruhanjaya itu didakwa telah banyak mengadu domba terhadap undang-undang Syariah di Malaysia dan membela golongan-golongan seks songsang seperti LGBT1+ serta berusaha mengiktiraf gender ketiga adalah mereka yang mempunyai reputasi.

Antara nama-nama yang disebut adalah:

i. Tan Sri Othman Bin Hashim
(Pengerusi SUHAKAM)

ii. Ustazah Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila Binti Nik Salleh
(Naib Pengerusi SUHAKAM / Dekan Fakulti Undang-Undang & Syariah USIM)

iii. Dato’ Prof. Noor Aziah Binti Mohd Awal
(Pesuruhjaya SUHAKAM / Anggota Majlis Agama Islam Negeri Sembilan / Tokoh Maal Hijrah 2016, 2017)

iv. Dato Seri Mohd Hishamudin Bin Md Yunus
(Pesuruhjaya SUHAKAM / Mantan Hakim Mahkamah Rayuan)

Ini adalah rentetan kenyataan ke United Nations melalui Laporan Separuh Penggal SUHAKAM yang mengandungi pelbagai aduan domba dan fitnah terhadap negara, termasuk Undang-Undang bagi menghalang murtad yang disifatkan sebagai diskriminasi oleh SUHAKAM.

“… atas semangat amar makruf nahi mungkar terutamanya sesama Muslim, kami ingin mempersoalkan fungsi Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Muslim dalam SUHAKAM yang telah dilantik oleh Yang Dipertuan Agong melalui nasihat kerajaan sepatutnya bertindak sebagai ‘safeguard’ kepada Islam,” kata Aminuddin Yahaya yang merupakan Pengerusi PEMBELA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: