Ketua Pemuda PAS suruh Asyraf Wajdi buat ‘kerja rumah’ sebelum buat kenyataan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, YB Fadhli Shaari membidas Ketua Pemuda UMNO yang dilihat tergopoh-gopoh mengeluarkan kenyataan menyerang PAS berdasarkan sebuah keratan berita yang tidak melaporkan dengan tepat.

“Tidak ada pun dalam kenyataan saya yang PAS mahu gugat kubu BN,” kata Fadhli melalui laman Facebook rasminya.

“Bacalah betul2 sebelum buat komen tu, anda akan Ketua Pergerakan Pemuda. Belajar cari kenyataan asal, copy paste ke dalam Microsoft Word, gunakan kekunci Ctrl+F dan cari perkataan ‘gugat’.

“Yang anda akan jumpa ialah ‘Sekiranya PH masih bermain dengan sentimen yang menggugat keharmonian negara dan kerukunan Keluarga Malaysia, tidak mustahil hanya DAP yang akan kekal, dan parti lain akan terus tersungkur’…”

Fadhli berkata, yang menggunakan perkataan ‘gugat’ adalah akhbar Utusan.

“Buat kerja rumah sikit ye, jaga taraf kita tu. Ops maaf, dua kali bertanding pilihanraya dua kali kalah, what do you expect,” kata Fadhli yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: