Teks sahih Perlembagaan Bahasa Inggeris, bukan Melayu – ramai tak sedar

KUALA LUMPUR – Hakikat bahawa teks sahih bagi Perlembagaan Persekutuan masih Bahasa Inggeris adalah suatu yang memalukan, menurut Aminuddin Yahaya yang merupakan pengerusi gabungan NGO Islam, PEMBELA.

Lebih memalukan, sudah lebih 60 tahun tetapi tiada mana-mana penggubal undang-undang, iaitu ahli parlimen membangkitkan apatahlagi memperjuangkan supaya teks sahih Perlembagaan Persekutuan, iaitu teks utama dirujuk adalah versi Bahasa Melayu.

Katanya lagi, alangkah baiknya juga agenda ini diangkat oleh parti-parti yang sering melaungkan bahawa mereka memperjuangkan bahasa dan identiti kebangsaan.

“Saya cabar mana-mana gabungan parti memasukkannya dalam manifesto mereka pada PRU-15 nanti

“Ataupun apakah memperjuangkan Perlembagaan Persekutuan dalam Bahasa Kebangsaan ini akan dilabel sebagai rasis, ekstrimis dan menafikan hak agama lain sebagaimana ianya sudah menjadi ‘template’ untuk semua isu?

Aminuddin mengajak agar lebih ramai menyuarakan isu ini dengan harapan ‘penggubal undang-undang’ akan ambil serius akan isu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: