Kes Cabar Kedudukan Sekolah Vernakular: Hujahan plaintif telah dikemuka – Aminuddin

KUALA LUMPUR – Hujahan-hujahan bagi pihak plaintif yang membuktikan bahawa sekolah vernakular adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diperdengar di mahkamah, menurut Aminuddin Yahaya yang merupakan salah seorang dari plaintif.

“Melalui para peguam, kita telah merumuskan seperti berikut (dengan hujahan-hujahan yang terperinci) dan telahpun dikemukakan di mahkamah pada hari ini

“Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) adalah bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Penubuhan dan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil adalah bercanggah dengan Perkara-Perkara 5, 8, 10, 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan.

“Plaintif-Plaintif mempunyai locus standi bagi memfailkan tindakan (mahkamah) ini.

“Mahkamah wajar mengadili dasar dan polisi Defendan Kedua (Kementerian Pendidikan Malaysia) berhubung sistem pendidikan nasional.

Bicara kes ini bakal berlangsung untuk beberapa hari lagi termasuk untuk mendengar dan menilai segala hujahan dari pihak defendan.

Aminuddin mohon agar rakyat Malaysia doakan yang terbaik demi kesejahteraan dan kemakmuran tanah air yang tercinta serta generasi anak bangsa akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: