DAP keluar PH atau Anwar letak jawatan ketua pembangkang?

Setiap kali Anwar Ibrahim gagal dalam sesuatu misi menjadi Perdana Menteri (PM), lancar sahaja lidah DAP membuat kenyataan “DAP Akan Keluar Dari PKR”. Terbaru dengan kekalahan teruk PKR di PRN Melaka, dengan peratusan yang turun jauh lebih rendah dan dengan jumlah yang rendah keluar mengundi, Barisan Nasional (BN) boleh menang besar.

2. Sebelum ini Pakatan Harapan (PH) menang tipis di Melaka pada PRU14, walaupun tipis yang penting “menang”, bak kata orang, walaupun dengan 1 undi, janji menang. Sebab kemenangan itu yang membolehkan parti menang kerusi sekaligus menerajui kerajaan. Sebab itu UMNO tidak peduli berkenaan pengundi keluar atau tidak, asalkan mereka menang.

3. Uniknya PRN Melaka ini, ia berpunca daripada perbalahan sesama UMNO kerana berebutkan kuasa sehingga menyebabkan kerajaan negeri jatuh dan PRN Melaka terpaksa diadakan. Kebimbangan dan penderitaan rakyat tidak diambil peduli yang penting strategi menguasai semula Melaka menjadi agenda utama.

4. Syukur akhirnya PRN Melaka selesai Sabtu kelmarin dan PH kehilangan banyak undi. Kenapa PH kalah, alasannya kerana Melaka memang kawasan dacing sejak dulu lagi, sama ada kerana pengundinya tak turun atau sememangnya pengundi telah menyampah dengan PH. Ada yang memberi alasan kerana menggunakan logo Pakatan Harapan (piramid), sedangkan sebelumnya logo PKR (mata satu).

5. Sama ada benar atau tidak pengundi sudah menyampah dengan PH, atau barangkali DAP juga sudah rasa bosan dengan PH seusai PRN Melaka. Betapa tidak, yang menang hanyalah DAP (campur PAN, khadam DAP). PKR gagal meraih sebarang kerusi, bahkan undinya merosot dengan teruk. Jadi, alasan logo HARAPAN itu ternyata terlalu dangkal sebab yang menang hanyalah DAP. Logo bukannya faktor besar menang kalah pilihanraya.

6. Adakah DAP akan keluar PH? Tak mustahil. DAP mempunyai rekod keluar daripada pakatan politik beberapa kali. Malahan kenyataan mahu keluar PH pun sememangnya di bibir mereka selalu.

7. Pada tahun 1995, DAP telah keluar dari Gagasan Rakyat sekaligus menguburkan pakatan politik tersebut.

8. Pada tahun 2001, DAP keluar dari Barisan Alternatif sekaligus menguburkan pakatan politik itu.

9. Pada tahun 2013, DAP Sarawak keluar dari Pakatan Rakyat, sekaligus menjadi titik mula kepada perpecahan Pakatan Rakyat.

10. Yang akan menanggung rugi besar jika DAP keluar dari Pakatan Harapan ialah PKR. Sebagai contoh jika DAP Sarawak keluar daripada Pakatan Harapan masa depan PKR bukan hanya akan malap di Sarawak, malahan akan disusuli di seluruh Malaysia. Jadi, walaubagaimana sekalipun PKR akan memastikan DAP tidak keluar daripada PH.

11. Apa untungnya DAP tinggalkan PKR dan keluar dari Pakatan Harapan? DAP akan berpeluang meraih jumlah kerusi lebih besar. Sebelum ini DAP dan PKR telah setuju dengan pembahagian PKR (47), DAP (26) dan PAN (9). Persoalannya untuk apa diberikan kepada PKR kerusi yang banyak sekiranya akan gagal sepertimana yang telah berlaku di PRN Melaka?

Persoalannya: Adakah DAP akan benar-benar keluar daripada PH atau Anwar melepaskan jawatan Ketua Pembangkang dan serahkan kepada figur yang lebih berwibawa dan bertenaga seperti Nurul Izzah?

Dikirim oleh Haji Rashidi Haris yang merupakan pemerhati politik tempatan dan seorang blogger dengan nama pena Lebai Kampung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: