Pemimpin DAP syor semua rakyat lahir selepas merdeka dianggap ‘Bumiputera’

KUALA LUMPUR – Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming dilaporkan mengesyorkan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara yang baharu.

Beliau mencadangkan agar semua rakyat yang lahir selepas awal pagi 31 Ogos 1957 boleh menikmati status Bumiputera, dan kerajaan tidak patut dan tak boleh lagi membezakan rakyat dengan ‘warna kulit’.

Kor Ming yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat mengeluarkan kenyataan itu di Parlimen, semalam susulan perbahasan peruntukan untuk Kementerian Perpaduan Negara tahun depan.

Beliau menegaskan, Indonesia telah lama menghapuskan perbezaan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Dalam kemelut sosialisme, demi mempromosikan ‘Keluarga Malaysia’ yang sebenar, sekiranya kerajaan tidak dapat menghapuskan dasar diskriminasi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, sekurang-kurangnya semua orang yang lahir selepas negara kita merdeka pada tahun 1957 harus menikmati status dan layanan Bumiputera,” katanya seperti dilapor akhbar berbahasa Cina, China Press (23 November).

Katanya, politik kaum adalah penghalang terbesar kepada perpaduan negara dan menggalakkan kemajuan negara. 

“Negara kita telah merdeka selama 64 tahun. Sudah tiba masanya kerajaan memimpin melalui teladan bagi menunjukkan semangat ‘Keluarga Malaysia’ yang sebenar,” kata Pengerusi DAP Perak itu.

Selain itu, bagi menggalakkan perpaduan nasional dan keharmonian dalam masyarakat berbilang budaya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Intan itu turut mendesak kerajaan meminda Akta Pertubuhan 1966 bagi melarang sesiapa menggunakan agama untuk mendapatkan modal politik. 

“Kerajaan harus menetapkan bahawa semua parti politik mesti mengamalkan dasar penggabungan atau rancangan kebangsaan. Untuk terlibat dalam persaingan yang sihat dan bukannya merompak agama atau menipu undi ‘atas nama tuhan’.

“Politik teokratik adalah jalan tiada faedah. Jika kerajaan benar-benar memikirkan masa depan negara, kerajaan mesti mengakui kesilapannya dan berhenti bertolak ansur dengan trend yang salah dan berbahaya ini,” katanya.

Dewan Rakyat semalam membahaskan bajet Kementerian Perpaduan Negara untuk tahun depan.
Kor Ming menegaskan bahawa selagi kerajaan masih membezakan rakyat berdasarkan warna kulit, perpaduan negara yang sebenar tidak dapat dicapai.

“Parti-parti pemerintah dan pembangkang mesti serius mengkaji semula kesilapan masa lalu. Negara kita sudah tidak berdaya lagi dengan landasan dan hala tuju pembangunan yang berulang kali melakukan kesilapan,” katanya.

Kredit berita: Portal Islam dan Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: