“Kalau Rider tolak ‘order’ makanan ada Babi, ini padahnya…”

KUALA LUMPUR – Pendedahan terbaharu mengenai penindasan bersistematik terhadap penghantar-penghantar makanan yang juga dipanggil sebagai P-Hailing makanan, adalah berkenaan akibat menolak mengambil dan menghantar makanan mengandungi babi.

Portal berita, Samudera.my mendedahkan perkara ini melalui sebuah artikel bertajuk “Perhambaan Moden Rider P Hailing?” yang mendapat perhatian masyarakat terutamanya netizen.

Portal itu telah menemuramah beberapa orang Rider penghantar makanan dan pandangan dari wakil persatuan P-Hailing dalam penghasilan artikel tersebut.

“Ada juga isu riders beragama Islam yang mendapat pesanan yang jelas tidak halal seperti pork soup, tetapi apabila hendak menolak pesanan tersebut, dibenarkan, tetapi KPI kerja juga akan terjejas. Di mana hak kami sebagai penghantar beragama Islam?”

Pendedahan ini pasti mengejutkan para pengguna yang memesan makanan melalui platform P-Hailing yang turut menjual makanan tidak halal. Ini pastinya menimbulkan kebimbangan pada kebersihan dan kesucian makanan yang dipesan, kerana pencampuran sedemikian rupa.

Selain itu, artikel tersebut mendedahkan beberapa perkara lain mengenai bentuk penindasan yang berlaku terhadap penghantar makanan P-Hailing seperti isu aplikasi, isu solat, isu penamatan ID dan isu peta digital tidak ikut jarak sebenar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: