Kerajaan mesti halang syarikat P-Hailing ambil kesempatan atas kesempitan anak muda

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa agar mengambil tindakan drastik terhadap sistem yang diamalkan oleh syarikat-syarikat P-Hailing yang dilihat mengambil kesempatan di atas kesempitan anak-anak muda yang terdesak khususnya akibat kurang peluang pekerjaan.

Ketua Belia PEMBELA, Nor Aizat Rahimi berkata, anak muda yang sekian lama ditekan dengan isu tiada pekerjaan kini ditekan lagi oleh syarikat kapitalis yang mengambil kesempatan atas terdesaknya situasi kehidupan anak-anak muda.

“Syarikat P-Hailing perlu diselia dan dipantau ketat oleh agensi kerajaan. Sekarang ini pun kita difahamkan tiada kementerian yang mahu ambil tanggungjawab bidangkuasa. Isu Rider P-Hailing bukan isu yang boleh ditepis-tepis begitu sahaja.

“Kerajaan mesti ambil tanggungjawab membuat polisi dan regulasi terhadap syarikat-syarikat ini supaya tiada lagi tindakan sesuka hati oleh syarikat yang akhirnya menindas para Rider.

“Para Rider P-Hailing mesti diiktiraf statusnya sebagai pekerja yang punyai hak-hak pekerja seperti pekerja di industri lain; punyai KWSP, SOCSO, insuran dan sebagainya,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Sebelum ini, tular sebuah artikel yang mendedahkan hakikat penindasan secara sistematik terhadap para Rider P-Hailing termasuk kesukaran berhenti berehat untuk menunaikan solat, kebajikan rider dan hak-hak sebagai seorang pekerja industri gig.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: