Khutbah Jumaat Pahang seru umat Islam istiqamah utamakan produk Muslim melalui BMF

Kuantan – Khutbah Jumaat negeri Pahang Darul Makmur yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang hari ini telah menyeru umat Islam agar istiqamah mengutamakan membeli produk keluaran Muslim yang akan memberikan kepada umat Islam itu sendiri.

Teks khutbah tersebut menyebut dengan jelas bahawa slogan Buy Muslim First (BMF)bukanlah slogan untuk memboikot produk non Muslim tetapi untuk memberi kesedaran kepada umat Islam agar mengutamakan membeli produk muslim bagi memberikan kebaikan kepada umat muslim itu sendiri.

“Apabila para peniaga muslim itu bertambah maju maka mereka dapat mengeluarkan zakat dan bersedekah untuk kebaikan umat Islam. Perkara ini sepatutnya menjadi amalan sepanjang hayat dalam hidup kita, bukan bermusim”

Sehubungan dengan itu juga, khatib menegaskan kewajipan umat Islam memilih produk halal, iaitu suatu kefardhuan dalam Islam.

“Bagi membangunkan ekonomi umat Islam maka kita seharusnya
mendahulukan membeli produk halal yang telah diusaha dan dipasarkan
oleh orang Islam kerana terjamin halal dan baik”

“Ia juga bertujuan bagi membangunkan rantaian ekonomi umat Islam khususnya di negara kita ini dengan lebih baik”

Muat turun teks penuh di sini:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: