KUALA LUMPUR – Alasan kononnya ingin menyatukan Loh Siew Hong dengan anak-anaknya itu didakwa hanya sandiwara sahaja sedangkan kini anak-anak tersebut dah memang berada dengan ibu mereka, kata pendakwah mualaf Zamri Vinoth.
Dakwa lagi, tujuan mereka dari awal adalah untuk murtadkan anak-anak tersebut dari Islam.
“Jika anak-anak tersebut masuk atau amalkan agama kristian dan atau Buddha bagi mereka tiada masalah namun jangan Islam sebab apa sebab dalam hati nurani mereka ada benih kebencian terhadap Islam namun di luar mereka berpura-pura,” kata Zamri dalam satu kenyataan.

“Bukankah di surat beranak ibu tersebut tertera bahawa agama ibu adalah Buddha bermakna ibunya beragama Buddha persoalannya korang nak murtadkan anak-anak tersebut dan nak masukkan ke agama Buddha ke atau Hindu?”
“Sebab ayahnya dah masuk Islam dan ibunya Buddha yang Hindu tiba-tiba menyibuk ni kenapa?”
“Bapa Islam. Ibu Buddha. Yang menyibuk Hindu,” katanya lagi.
Pada 25 Mac 2022 yang lalu, dilaporkan Loh Siew Hong telah memfailkan permohonan di mahkamah tinggi untuk membatalkan keislaman anak-anaknya.