VIRGINIA, AMERIKA SYARIKAT – Seorang pelajar tajaan Yayasan Tenaga Nasional (YTN), Irdina Shahriman dinobatkan pelajar terbaik di Virginia Tech University, Amerika Syarikat mengalahkan 10,000 graduan yang lain.
Menurut sebuah laporan akhbar The Star, graduan Sarjana Muda Sains (Kejuruteraan Elektrik) itu memperoleh CGPA penuh 4.00 bagi setiap semester sepanjang pengajiannya (2018-2021).
Irdina Shahriman juga menerima pingat Phi Kappa Phi dari Fakulti Kejuruteraan universiti tersebut. Pingat ini merupakan anugerah tertinggi bagi pencapaian akademik oleh fakulti.
“Saya bukan seorang genius, maka saya bekerja keras. Saya tidak ponteng kelas, saya ambil nota bersungguh-sungguh dan yang paling penting, saya ambil inisiatif untuk berhubung dengan profesor dan rakan-rakan sekelas yang sangat membantu saya faham dalam pelajaran,” katanya.
“Hayati proses pembelajaran; itulah yang paling penting. Sentiasa tetapkan niat yang betul dan terjemahkannya ke dalam tindakan,” katanya lagi.
Foto ihsan The Star
