Fri. Feb 23rd, 2024

KUALA LUMPUR – Aktivis kontroversi, Siti Kasim menyelar Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang dilapor akan mengeluarkan notis kepada mana-mana individu yang didapati membawa atau terbawa rokok sebelum jam 2 petang sepanjang bulan Ramadan ini.

“Melampau! Ini sudah tentu tidak berperlembagaan. Sesiapa yang dikenakan penggeledahan haram, dicabar! Mereka tidak berhak melakukan ini,” katanya dalam sebuah kenyataan ringkas di Twitter.

Siti Kasim merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian yang bertajuk ‘Individu Bawa Rokok Sebelum Jam 2 Petang Bakal ‘Ditazkirah’ dalam membuat kenyataan tersebut.

Pengarah JAIM, Datuk Che Shukri Che Mat, dilaporkan berkata bahawa pendekatan itu diambil selepas ‘Operasi Plastik Hitam Bersendawa’ yang dilaksanakan pada hari pertama Ramadan mencatatkan dua kes individu membawa rokok pada siang hari.

“Ketika diperiksa, memang individu berkenaan beritahu tidak menghisap rokok tetapi ada bau, logik ke kalau bau rokok malam tadi masih tak hilang,” tegas Che Shukri.

Mengulas lanjut, beliau juga dilaporkan berkata pengguna rokok elektrik seperti vape juga akan berdepan kompaun denda tidak melebihi RM500 bagi kesalahan pertama sekiranya didapati menggunakan peralatan itu pada siang hari tanpa sebarang halangan atau uzur syar’ie.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *