Fri. Feb 23rd, 2024

JOHOR – Sebuah video yang memaparkan seorang yang didakwa warga Singapura membuang air kecil di tepi jalan ketika melawat Malaysia telah tular di media sosial.

Dalam video tersebut, dua lelaki keluar dari sebuah kereta BMW 5-Series berwarna biru selepas meletakkan kereta di tepi jalan. Salah seorang dilihat berjalan ke arah tempat lain manakala seorang lagi dilihat kencing di tepi jalan berdekatan keretanya sambil tergelak dan menari.

Rakaman yang ditangkap oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) yang kebetulan berada di situ telah tular termasuk di laman-laman media sosial serta berita tempatan di Singapura selain di Malaysia.

Rata-rata yang menyaksikan perbuatan tersebut berasa jijik dan marah memandangkan baru sahaja sempadan Malaysia-Singapura dibuka.

Sebelum ini, ramai netizen berkongsikan gambar-gambar warga Singapura mengisi minyak RON95 bersubsidi di Johor. Ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang melihatnya sebagai satu bentuk rompakan melalui wang subsidi rakyat.

Selain itu, video-video kereta berplat Singapura yang memandu laju dan berbahaya ketika berada di lebuhraya Malaysia juga menimbulkan kemarahan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *