Tue. May 30th, 2023

TELUK INTAN – Ahli Parlimen Teluk Intan (DAP), Nga Kor Ming membangkitkan persoalan mengenai bilakah sekolah persendirian Cina akan mendapat peruntukan kerajaan.

Akhbar Cina, Sin Chew melaporkan Nga meminta kerajaan agar segera melaksanakan apa yang dijanjikan, iaitu peruntukan RM 15 juta kepada sekolah persendirian Cina dan jangan biarkan masyarakat Cina tertunggu-tunggu.

Beliau dilaporkan mendesak bahawa Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawabnya.

Beliau juga dalam laporan tersebut menyebut mengenai Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon yang merupakan Timbalan Menteri Pendidikan lebih dipersalahkan.

Nga dilaporkan berkata sedemikian setelah lawatannya ke SMJK (Persendirian) San Min, Teluk Intan dan mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada sekolah tersebut dalam masa terdekat.

YB Nga Kor Ming bergambar di hadapan SMJK Persendirian San Ming semasa lawatannya ke sekolah itu. Ihsan foto: Sin Chew (6 April 2022)

Sekolah menengah persendirian Cina merupakan sekolah vernakular swasta bawah kelolaan Dong Zong dan mengamalkan sistem sijil UEC.

Terdahulu, dilaporkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM 15 juta kepada sekolah persendirian Cina di seluruh Malaysia dan telah disahkan oleh Dong Zong serta Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mah Hang Soon.

Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menafikan perkara tersebut ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *