Fri. Feb 23rd, 2024

KUALA LUMPUR – Perlantikan Miss World Malaysia 2008, Dr Soo Wincci ke Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaku professor madya mendapat reaksi positif khususnya dari rakyat Malaysia yang rata-ratanya terinspirasi dengan kesungguhan dan kerja keras beliau.

Namun, ada juga reaksi negatif dan jelek dari netizen yang mengutuk perlantikan beliau itu. Seorang netizen, Kung Lim Sie Bin memperlekeh, “sekadar standard UiTM sahaja. Itu tiada kualiti langsung”.

Dr Soo Wincci melalui laman Facebook rasminya memberikan respon yang professional dan tenang terhadap tohmahan tersebut, “kita naikkan standard”.

Dr Soo Wincci mempunyai 6 ijazah dari pelbagai bidang termasuk sarjana muda undang-undang dari University of Reading. Beliau juga mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) University of Polytechnic Valencia, menurut SAYS. Beliau dilaporkan bakal menjadi pensyarah di UiTM dalam bidang Produksi dan Perniagaan Muzik.

Selebriti berumur 36-tahun itu berkongsikan berita baik tersebut dalam hantaran Instagram pada 1 April yang lalu berserta sebuah sijil dari Malaysia Book of Records yang memperakui Wincci sebagai Miss Wold Malaysia pertama menjadi professor madya.

Dr Soo Wincci menerima sijil dari wakil Malaysia Books of Records.
Antara sijil-sijil pendidikan Dr Soo Wincci.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *