Fri. Feb 23rd, 2024

SELANGOR – Sebuah hasil karya seni lukisan yang menggambarkan Dewan Rakyat yang penuh dengan beruk dan katak telah tular sebagaimana yang dipamerkan oleh laman Twitter Istana Selangor (Selangor Royal).

Karya tersebut telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor dan sebaik melihatnya, baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu.

“Satu hari nanti, Baginda berhasrat melelong lukisan ini dan hasil lelongan akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan,” dalam satu Tweet oleh @SelangorRoyal.

Tweet tersebut telah tular di pelbagai platform media sosial yang menarik perhatian netizen. Rata-ratanya meluahkan kekecewaan dengan gelagat ahli-ahli parlimen yang berperangai seperti ‘beruk’ dan ‘katak’ sebagaimana yang ditonjolkan dalam karya lukisan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *