Fri. Feb 23rd, 2024

TANGKAK – Sebuah Kenderaan Elektrik (EV) sedang mengecas kenderaannya secara curi-curi di stesen Shell Recharge Tangkak, Johor telah tular di media sosial.

Menurut portal The Rakyat Post, perkidmatan mengecas kenderaan elektrik menggunakan khidmat Shell Recharge perlu menggunakan aplikasi ParkEasy.

Setelah pembayaran dibuat, akhirnya palang penghadang akan diturunkan untuk membenarkan kenderaan tersebut parkir di posisi yang betul untuk membuat pengecasan.

Kenderaan milik warga Singapura itu dilihat tidak meletakkan keretanya dengan betul kerana palang masih terangkat. Maka, ianya telah digunakan secara curi-curi.

Menurut portal blog permotoran terkenal Paul Tan, buat masa ini mesin pengecasan tersebut tidak perlu apa-apa pengesahan untuk mula mengecas tetapi hanya dihadang oleh palang tersebut. Oleh kerana itulah kejadian sedemikian boleh berlaku.

Perkidmatan tersebut akan dikenakan fi perkhidmatan RM4 dan RM20 bagi setiap 5 minit pengecasan bagi 25 minit pertama manakala RM20 bagi 5 minit seterusnya.

“Tolong jangan buat sebegini, tingkahlaku buruk dari pemilik EV (walau dari negara mana mereka datang) akan menghindarkan (minat) syarikat swasta untuk melabur dalam infrastruktur pengecasan EV di mana kita perlu meningkatkan penggunaan EV di Malaysia,” kata penulis di Paul Tan.

Charged EVs | Porsche and Shell to deploy charging network in Southeast  Asia - Charged EVs
Fasiliti Shell Recharge di Malaysia

Sebelum ini, ramai netizen berkongsikan gambar-gambar warga Singapura mengisi minyak RON95 bersubsidi di Johor. Ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang melihatnya sebagai satu bentuk rompakan melalui wang subsidi rakyat.

Selain itu, video-video kereta berplat Singapura yang memandu laju dan berbahaya ketika berada di lebuhraya Malaysia juga menimbulkan kemarahan awam.

Sebuah video yang memaparkan seorang yang didakwa warga Singapura membuang air kecil di tepi jalan ketika melawat Malaysia juga telah tular di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *