Mon. Jan 30th, 2023

KUALA LUMPUR – Jenama Baju Melayu Bulan Bintang yang kini popularitinya sedang meningkat naik kini sudah mempunyai gudang dan ribuan agen jualan.

Bermula dengan hanya berniaga di pasar ‘uptown’ pada 7 tahun yang lalu, kini merupakan antara jenama Baju Melayu paling popular.

Demikian perkongsian dari Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Abdul Aziz melalui laman rasmi Instagram beliau.

Beliau merupakan antara pelanggan Baju Melayu Bulan Bintang sempena menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba.

https://www.instagram.com/p/CcPmQYVOGw2/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

“Beli awai tak kalut! Terima kasih Meri dan Shaqir sudi ke MOF petang ni untuk COD Baju Melayu Bulan Bintang Exclusive saya,” katanya. ⠀⠀

“Perniagaan ini dimulakan 7 tahun lepas oleh Meri dan rakan beliau di uptown je, dan sekarang dengan kekuatan lebih daripada 100 orang pekerja, Bulan Bintang kini memiliki sebuah gudang, 5 buah butik dan lebih kurang 6,000 agen di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak,” tambahnya lagi.

Menurut Tengku Zafrul, antara pemangkin perniagaan Bulan Bintang adalah langkah pendigitalan yang diambil bagi memastikan produk dapat dibeli oleh pembeli dari seluruh negara.⠀
⠀⠀
“Tahniah anak muda! Saya doakan agar perniagaan ini akan terus berkembang maju dan seterusnya menggaji lebih ramai #KeluargaMalaysia demi kemajuan ekonomi negara,” katanya lagi.

Portal MauKerja pernah membuat dokumentari (2021) mengenai kisah Saudara Azim atau lebih dikenali sebagai Meri membina empayar Bulan Bintang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *