Fri. Feb 23rd, 2024

KUALA LUMPUR – Pelajar tingkatan 5 sebuah sekolah berasrama penuh terkemuka berjaya merangkul anugerah berprestij diploma khas dari Konference Saintis Muda Antarabangsa ke-28 di Belgrade, Serbia.

Idris Bin Bahari merupakan seorang pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Dato Abdul Razak yang telah mewakili negara ke konferens tersebut.

Pencapaian tersebut menarik perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang membuat sebuah hantaran penghargaan di laman Facebook rasminya.

“Seluruh Warga Kementerian Pendidikan Malaysia berbangga dengan pencapaian hebat Adik Idris bin Bahari, murid Sekolah Dato’ Abdul Razak dalam 28th International Conference of Young Scientist (ICYS) 2022 di Belgrade pada 7 – 13 April 2022. Tahniah diucapkan,” dalam sebuah hantaran KPM.

Kejayaan tersebut telah mendapat reaksi positif dan pujian netizen yang berbangga dengan kecemerlangan Idris selaku anak tempatan yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa dalam bidang Sains.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *