Tue. May 30th, 2023

PETALING JAYA – Kerajaan Pusat digesa agar pelarian etnik Rohingya diintegrasikan ke dalam masyarakat tempatan Malaysia.

Menurut sebuah laporan, jurucakap Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai Matlamat Pembangunan Lestari berkata, integrasi itu boleh mengelakkan salah faham dan ketegangan.

Teo Sue Ann yang mewakili kumpulan tersebut berkata langkah tersebut mampu dilakukan untuk mengekalkan keseimbangan dan keamanan selagi etnik tersebut kekal di negara ini dan jika terdapat usaha untuk membangunkan pemahaman tentang budaya dan nilai satu sama lain.

Beliau turut melaporkan berkara, memberikan kebenaran kepada mereka untuk bekerja di Malaysia adalah demi kepentingan kerajaan memandangkan ramai di kalangan mereka masih muda dan kuat, sekali gus akan menjadi tenaga buruh yang berdaya maju.

“Terdapat permintaan pasaran untuk sumber tenaga manusia di negara ini yang boleh dipenuhi oleh pelarian Rohingya,” katanya dalam laporan tersebut.

Teo berkata, mengiktiraf hak asasi asasi pelarian akan membantu negara mencapai pembangunan mampan. Hak-hak ini termasuk pendidikan asas untuk kanak-kanak, kebebasan mobiliti, perlindungan sosial dan perlindungan bersalin.

“Malangnya, ramai pelarian masih menghadapi permusuhan daripada polis dan pegawai penguat kuasa ketika berjalan di jalanan. Selain itu, ramai wanita hamil tidak mampu melahirkan bayi mereka di hospital kerana kos perubatan yang mahal,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *