Fri. Feb 23rd, 2024

KUALA LUMPUR – Setelah didakwa tidak dibenarkan ke luar negara berikutan kes grafik penghinaan terhadap Sultan Selangor baru-baru ini, Fahmi Reza tampil dengan kontroversi baharu.

Kini, beliau memuatnaik grafik ‘Monyet Istana’ yang bakal dijual dalam bentuk Non-fungible token (NFT).

Dalam hantaran Twitter tersebut, beliau menyatakan 100 peratus hasil jualan akan disumbangkan ke Tabung Pembelaan Undang-Undang bagi menyokong mana-mana rakyat Malaysia yang disiasat dan dihukum kerana menggunakan hak untuk ekspresi.

Beliau juga menyatakan tidak akan mengambil satu sen pun dari penjualan NFT ini.

NFT bagi grafik tersebut dijangka dilancarkan pada 26 April ini sebagaimana yang dinyatakan dalam hantaran Twitter tersebut.

Sebelum ini, pereka grafik kontroversi tersebut telah memuatnaik sebuah grafik menggambarkan potret seekor beruk yang memakai tengkolok dan darjah kebesaran dengan memakai busana berwarna kuning.

Tindakan beliau itu membuatkan beliau ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *